Secara jujurnya saya memohon maaf kerana pada tulisan terakhir di bawah label PENDIDIKAN KHAS, saya ada menyebut untuk tulisan akan datang saya akan membicarakan tentang ketidaksefahaman antara penyelaras dengan ahli-ahli panitia (Guru-guru Pendidikan Khas). Entah! apabila saya didatangi persoalan oleh para sahabat guru Pendidikan Khas yang sudi bertandang ke blog insan jahil ini, lalu soalan yang dibangkitkan berkaitan peperiksaan dan cabarannya maka saya memilih untuk menulis tajuk ini dahulu.
1. Jika murid mempunyai kemampuan membaca dan menulis dengan baik. Maka murid ini boleh diinklusifkan sepenuhnya. bagaimana pun dalam kaedah ini guru-guru perlu
1.1Membantu P & P di kelas aliran perdana dengan bersama-sama murid ketika P & P berlangsung ( Sebagai pemudah cara)
1.2 Mendapatkan maklumat daripada guru-guru aliran perdana yang mengajar berkaitan keperluan dan kelemahan murid dan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu murid.
1.3 Mendapatkan segala dapatan data tentang potensi murid iaitu rekod pencapaian ujian PK, peperiksaan pertengahan/akhir tahun. Difailkan dan disimpan dengan baik untuk rujukan.
2. Jika murid menunjukkan potensi yang memberangsangkan dalam subjek tertentu sahaja. maka inklusifkanlah subjek terbabit. Manakala subjek yang tidak berpotensi dan dibimbangi sekiranya murid diinklusifkan akan menyebabkan lebih keciciran maka Penyelaras perlu mengambil langkah mengagihkan subjek tersebut kepada gur-guru Pk mengikut kemampuan dan kepakaran. ( saya pernah menggunakan kaedah ini, di mana murid dinklusifkan bagi subjek BM, Sejarah dan Geografi. Selebihnya guru-guru PK memainkan peranan berdasarkan kepakaran. Saya pernah mengajar KH dan memberikan tumpuan kepada topik-topik yang dapat diingati oleh murid dan meninggalkan topik-topik berat yang membabitkan pengiraan. Hasilnya Alhamdulilah murid tersebut memperolehi keputusan C dalam matapelajaran KH. Nama murid: Mohd Faizal bin Hadeni dan sekarang telah berjaya menjadi seorang penternak lembu di Ladang Mados) Bagaimanapun kaedah 1.3 wajib dilaksanakan
3. Seterusnya situasi di mana murid tidak mempunyai potensi yang baik sebaliknya ibu bapa mendesak agar murid mengambil pepriksaan ( saya juga pernah menghadapi situasi ini). Tanpa ada sebarang pilihan, Penyelaras perlu mengambil kaedah membahagikan subjek mengikut kemampuan dan kepakaran guru dan tanpa sebarang inklusif. Bantulah sebaik mungkin walaupun kita semua menghadapi risiko besar dan sukar berharap untuk memperolehi kejayaan murid ini. Dalam kes ini penumpuan kepada subjek-subjek yang agak mudah lebih baik seperti BM, KH, Sejarah, Geografi. Kaedah 1.3 tetap wajib dalam apa keadaan sekalipun bagi melihat tahap pencapaian murid.
Inilah perkongsian yang dapat dinyatakan di sini. Bagaimana sekiranya benar, sistem peperiksaan UPSR dan PMR tidak dimansuhkan. Secara jujurnya saya yakin bahawa satu keperluan lain perlu dilakukan bagi penambahbaikkan sistem Pendidikan Khas di Malaysia tercinta ini.
1. Lembaga Peperiksaan samada suka atau tidak perlu menyediakan set soalan yang lebih rendah arasnya untuk anak-anak khas ini.
Rasionalnya berdasarkan pengalaman saya menangani peperiksaan anak-anak khas ini adalah seperti berikut :
Agak menyedihkan, sebagai contoh matapelajaran BM. Berdasarkan pemerhatian saya murid akan gagal untuk menghasilkan karangan yang baik bagi memperolehi markah yang tinggi. Harus difahami memang daya penaakulan anak-anak khas berada di aras rendah sedangkan menulis karangan memerlukan daya penaakulan yang tinggi. Lihat sahaja murid aliran perdana di kelas hujung, mereka menghadapi masalah menghasilkan karangan apatah lagi kanak-kanak khas khususnya anak-anak bermasalah pembelajaran. Contohnya barangkali tidak diperlukan karangan sebaliknya mengisi tempat kosong pada teks dan pilihan jawapan disediakan bagi menggantikan karangan.
Saya dapat melihat dari aspek BM dan KH kerana berpengalaman bersama-sama anak ini dalam subjek terbabit. KH bagi label Pendidikan Khas adalah wajar soalan-soalan simple berkiatan nama alatan dan fungsi serta serba sedikit soalan-soalan berkaitan tatacara keselamatan di dalam bengkel. Jika keadaan ini terus dibiarkan kita semua sebenarnya menganiaya anak-anak ini secara tidak langsung kerana dengan label sukatan aliran perdana, soalan yang sama diberikan kepada mereka dalam pepriksaan tersebut.
2. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek, maka satu pekeliling berkaitan pengasingan pengiraan peratus sekolah oleh calon-calon Pendidikan Khas dalam peperiksaan utama ini perlu dikeluarkan. Hal ini akan menyelesaikan konflik antara Pentadbir sekolah dengan guru-guru Pendidikan Khas dan anak-anak khas dapat mengambil peperiksaan dengan lapang dada. Pentadbir tentu lena tidur malam kerana tidak membabitkan jatuhnya peratus sekolah oleh calon-calon Pendidikan Khas.
Semuga perkongsian di blog ini tidak disalahertikan. Secara jujurnya 'demi jiwa saya yang sentiasa di dalam genggaman Allah! Pendidikan Khas telah menjadi darah daging saya!" Saya dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk membantu membangun potensi mereka sebaik mungkin Saya wajar bersuara mengikut apa yang mampu untuk memperjuangkan nasib mereka. Semuga usaha ini tidak dianggap menyalahi kehendak masyarakat Malaysia seluruhnya. Insyallah kita akan bertemu lagi jika diizinkan Allah di bawah label 'Pendidikan Khas'
2 ulasan:
If you're trying to burn fat then you certainly have to try this totally brand new tailor-made keto plan.
To design this keto diet service, licenced nutritionists, fitness couches, and professional cooks have united to develop keto meal plans that are effective, decent, cost-efficient, and delicious.
From their first launch in January 2019, 100's of clients have already transformed their body and health with the benefits a great keto plan can provide.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones offered by the keto plan.
Did you hear there is a 12 word phrase you can communicate to your man... that will trigger intense emotions of love and impulsive attractiveness for you buried inside his chest?
Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, please and care for you with his entire heart...
12 Words Who Trigger A Man's Love Instinct
This impulse is so built-in to a man's brain that it will drive him to work better than before to take care of you.
Matter-of-fact, triggering this dominant impulse is absolutely important to achieving the best possible relationship with your man that the moment you send your man a "Secret Signal"...
...You'll instantly notice him expose his mind and soul to you in a way he's never experienced before and he'll recognize you as the one and only woman in the world who has ever truly attracted him.
Catat Ulasan