• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Jumaat, 25 Mac 2011

MUHAMMAD YASIN! INI JANJI CIKGU…………..

Posted by zharulnizam shah On 11:13 PTG

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA.

Agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan masa dan tugas. Tambahan pula portfolio bidang tugas sudah berubah. Tidak lagi ke sekolah. Lebih mencabar lagi waktu kerja juga berubah kepada masa pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terkurung di bangunan cantik sepanjang hari atau jika keluar pun, ada tugas-tugas lain yang melibatkan amanah yang dipikul di bawah label Kementerian Pelajaran Malaysia............. 

Yasin (berbaju hitam)
 Muhammad Yasin bin Mohamad adalah murid Pendidikan Khas yang unik, tersendiri dan mengkagumkan.....

Bayangkan saya pernah menyoal begini kepada anak-anak didik saya;

”siapa yang tak pernah tengok bukan-bukan?”

”Bukan-bukan macam mana cikgu?” Tanya Aizuddin rakan sekelas Yasin.

”Yalah! Gambar-gambar ke, video ke , cd ke, kat handphone ke yang bukan-bukan! Aurat orang perempuan!” Jawap saya lagi dan mengharapkan mereka mendapat pemahaman yang jelas.

Ada yang tertawa dan ada yang terdiam. Pun dalam kelompok murid-murid Pendidikan Khas SMK Buloh Kasap hanya dua orang sahaja yang mengangkat tangan. Murid itu Yasin dan Luqman.  Menandakan pancaindera penglihatan tidak pernah tercemar dengan pornografi yang bisa merosakkan akal, emosi dan jiwa.... Saya merenung Yasin dan Luqman. 

Saya meyakininya kerana keuda-duanya murid saya yang tidak meninggalkan solat lima. Luqman memang kerap mengikut bapanya berjemaah. Bapanya juga adalah seorang guru PK dan merupakan Penyelaras PK di SMBK yang lebih kepada sahabat saya.

“Betul cikgu! Demi Allah.....” Yasin bersumpah.

”Baik. Cukup! cikgu percaya!”

”Tahniah!”

Di satu hari lain, waktu itu saya baru beberapa bulan mengajar di SMK Buloh Kasap.

”Cikgu!” Panggil Yasin seakan mahu menyatakan sesuatu sebelum memulakan

”Ya!”

”Cikgu saya nak pakai serban macam cikgu masa solat Jumaat”  Saya terperanjat bercampur gembira.

”Alhamdulilah! Pakailah! Kan cikgu selalu cakap serban itu mahkota Rasulullah!”

Wajahnya tiba-tiba sedih.

”Ayah saya tak bagi cikgu!” Katanya sambil merenung wajah saya memohon simpati. Saya pula terlebihlah lagi simpati kepadanya.

”Ayah cakap apa?’” Tanya saya dengan nada memujuk.

”Laku fiil kena jaga. Kalau dah pakai serban kena jadi orang baik!”

”Betullah itu. Yasin azam jadi orang baik. Hormat ibubapa. Doa banyak-banyak kepada Allah! Insyallah nanti akan diizinkan juga”

Saya sendiri tidak ingat, berapa lama peristiwa itu berlalu. Namun pada suatu Jumaat, saya dan Yasin memang bersolat di masjid yang sama kerana kami juga tinggal setaman. Saya tidak akan melupakannya. Selesai solat Jumaat, Yasin menunggu saya dan pada Jumaat itu dia lengkap dengan jubah dan serban. Tatkala dia bersalam dan mencium tangan saya, saya pasntas memeluknya.

Lalu sebelum saya diberi peluang oleh Allah untuk mengorak langkah ke peringkat pengurusan, Yasin datang kepada saya (akhir tahun lepas rasanya) sebelum saya dipanggil temuduga selepas KPM meminta resume saya ekoran BUKU KE[PIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS dilancarkan pada Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2010.

”Cikgu saya nak minta tolong cikgu semak!”

”Nak semak apanya Sin?” Tutur saya dengan nada gurau dan separa tersenyum.

”Cikgu saya dah hafal surah Sajadah dan Al-Insan!”

Saya separa terkejut bercampur bangga.

Yasin duduk membacanya di depan saya dan saya menyemak melalui Al-Quran digital yang berada di dalam laptop. Benar ada sedikit cacat bacaannya. Pun secara keseluruhan dia dapat menghafalnya dengan baik (harus diingat Muhammad Yasin hanyalah seorang murid Pendidikan Khas yang bermasalah pembelajaran). Yang mana secara jujurnya saya sendiri tidak berupaya menghafal surah Sajadah dan Al-Insan....

Yasin cikgu bangga dengan kamu dan merindui kamu semua. Doakan cikgu ya. Cikgu percaya doa kamu lebih mudah diangkat berbanding balada orang berdosa seperti cikgu. Ini catatan yang cikgu janji untuk kamu.

Salam rindu untuk semua warga SMBK dari kejauhan............. Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA

................BERTEMU TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA ...........

Posted by zharulnizam shah On 11:03 PTG


Alhamdulilah.
Segala puji bagi-MU ya Allah dan Rasulullah SAW...
 Bumi memburu siang tika cahaya malam tertinggal suam-suam kuku. Subuh berkabus. 6.30 pagi saya tinggalkan kediaman, selepas isteri dan anak-anak mencium tangan saya dan saya membalasnya dengan mengucup dahi kesemua zuriat dan seorang isteri saya itu. Menuju ke bangunan Parlimen di kota metropolitan, ibu negara tercinta ini. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Jangan sampai tidak bisa menyusun kata walhal yang bakal ditemui nanti hanyalah manusia biasa yang amanahnya lebih berbanding warga marhain.

Tiba di destinasi kira-kira jam 10.30 pagi  setelah sempat menikmati secawan Nescafe dan sepinggan nasi goreng di pinggir hentian Seremban. Tidak banyak halangan selepas menyerahkan kad pengenalan dan memaklumkan ada temujanji dengan Timbalan Menteri Pelajaran  Dr. Puad Zarkashi.
   
Kemudian menelefon individu yang bertanggungjawab mengatur pertemuan bersejarah ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Zahari Sarip (Pegawai Khas TMPM), terbukti individu ini telah menjalankan amanahnya dengan penuh tanggungjawab tanpa meminggirkan kepentingan nasib anak-anak khas hanya kerana  prinsip saya yang berbeza.  Kami minum di café yang terletak di belakang bangunan Parlimen sambil berbincang pelbagai isu dunia pendidikan di samping beliau memberikan saya pelbagai idea apabila berpeluang bertemu dengan TMPM.

“YB Fuad ahli akademik. Jujur! Politiknya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tanpa mengira pihak mana.” Kata Zahari kepada saya

 Sejarah TMPM ini memang cukup unik. Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah, lantang mempertikaikan tentang PPSMI dan yang menariknya beliau adalah ahli berdaftar Parti………… akhirnya diamanahkan untuk memegang jawatan TMPM   

Kami tinggalkan café apabila saya menyatakan hasrat untuk melihat sidang parlimen. Kepingin sungguh untuk melihat ahli-ahli parlimen tanah air kita berhujah dan berdebat secara langsung dengan mata kepala sendiri. Ketika saya masuk tiada bezanya memasuki mahkamah, di mana kita terpaksa memberikan sedikit tunduk hormat kepada sidang dewan. (kemudian saya terus membuka buku nota untuk membuat catatan)……

Wakil DAP Bukit Mertajam sedang membentangkan hujah berkaitan isu gender di mana pembangunan wanita dalam kaitan sasaran kerja, ekonomi Negara. Program pembangunan hendaklah dibuat sungguh-sungguh dan bukan berbentuk retorik, sandiwara sebaliknya dengan komitmen yang konkrit…….
Kurang lebih yang meminta laluan BN Ledang, BN Arau, PAS Kota Raja… banyak yang dihujahkan tentang pembangunan wanita termasuk dengan fakta dan indeks mengikut tahun. Suasananya tidaklah sepanas yang selalu saya saksikan di internet. Barangkali kerana isunya dipersetujui oleh kedua-dua pihak samada kerajaan dan pembangkang tentang pentingnya peranan wanita dalam pembangunan Negara….
sidang akhbar Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
 Keluar dewan saya sempat melihat sidang akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Kemudian mundar-mandir melihat situasi di lobi parlimen. Saya sempat juga bertemu dengan ahli Parlimen Pokok sena, YB Mahfuz Omar. Semuanya baik dan mesra tanpa mengira ideologi politik. Sewajarnya begitulah. Pentas politik adalah satu amanah untuk memajukan, memelihara dan meningkatkan maruah serta pembangunan negara baik untuk agama, bangsa dan negara. Saya sempat melihat mesra YB Mahfuz dan ahli-ahli parlimen BN. Alangkah baiknya jika perkara ini dapat dilihat rakyat awam yang agak tertutup pemikirannya bahawa sebenarnya wakil rakyat mereka hanya berhujah dan lantang di dalam parlimen sebaliknya mesra dan rapat di luar dewan.  

Ahli Parlimen Pokok Sena
Sampai masa yang dijanjikan untuk saya bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Dr. Puad menyambut saya dengan mesra dan menjawab salam saya dan tangan saya digenggam erat.

”Ya cikgu!”

Saya menghulurkan proposol sebuah manusrip baru yang saya hasilkan bersama Tuan Haji Shamsudin Othman, seorang pensyarah di UPM. Dia menyambutnya sambil membaca surat rasmi dan menyelak-nyelak proposol tersebut.

Meneliti proposol sambil saya menerangkan keadaan sebenar

” Saya datang kerana Allah dan Rasul-NYA. Saya minta jasa baik Dr,  Tidak ada mana-mana buku rujukan khusus untuk ..................... bagi anak-anak khas di Malaysia...”

”Manuskrip ini saya tulis setelah mengambil kira pengalaman saya selama 12 tahun bersama anak-anak khas, juga mengambil pendapat pensyarah, rakan-rakan guru dan saya berharap manuskrip ini dapat diberikan sedikit perhatian.....”

”Apa yang cikgu mahukan?” Katanya sambil membelek proposol tersebut dan kemudian memandang tepat ke wajah saya.

”Satu penilaian yang telus, benar kiranya manuskrip ini sesuai untuk digunakan di semua sekolah yang ada Pendidikan Khas di Malaysia.... saya menulisnya kerana mengambil tanggungjawab sebagai seorang guru dan muslim. Ilhamnya tercipta apabila ada anak murid saya yang ’ringan-ringan’ ditangkap dan disoal, mereka tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengikut batas-batas agama. Saya tidak mahu ambil sikap lihat sahaja. Dengan sedikit kemampuan yang dianugerahkan Allah, saya mahu menjadi orang yang dapat menyelesaikan masalah. Insyallah!.”

”Ok. Tahniah cikgu! Sekarang cikgu biasa menulis siapa yang bertanggungjawab dalam hal penilaian buku ini?” Tanyanya sambil mata terarah buku ’Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas’

’Tapi bukan buku itu Dr!?” Saya tidak menjawab soalan apabila melihat Dr. Fuad lebih terarah kepada  buku KDPPK.

Menatap buku KDPPK yang telah diterbitkan oleh Utusan Publications

”Yang nie?” tanyanya sambil membelek-belek buku yang telah diterbitkan oleh Utusan Publications itu.

”Itu tentang pengurusan dan kepimpinan. Tahun lepas cetak. Alhamdulilah buku tu BPG, KPM pilih untuk dilancarkan pada Sambutan Hari Guru Kebangsaan. Naskah ini saya hadiahkan untuk Dr...”

”Ok. Jadi tadi siapa yang patut buat penilaian?” Tanyanya lagi.

”Bahagian Pendidikan Khas ...”

Dr. Puad mencatat sesuatu di muka hadapan surat rasmi yang saya sertakan.

”Sekarang cikgu mengajar di mana?” Tuturnya selesai membuat catatan.

Saya....................................................

Maaf! Inilah yang dapat saya kongsikan kerana ada perbincangan lain yang saya kira perlu saya rahsiakan di blog ini.... Kurang lebih lima belas minit bersama TMPM, cukup untuk saya menyediakan ruang di fikiran dan jiwa untuk menyimpan kenangan bernilai ini.

Sebagai anak kampung dan guru biasa, ini adalah pengalaman yang cukup berharga.
Pengalaman yang tidak dapat saya perolehi melalui buku atau visual melainkan merentasi sendiri peristiwa ini.

Terima kasih saudara Zahari Bin Sarip (Pegawai Khas TMPM)

Terima kasih kepada Encik Zahari Sarip (Pegawai Khas TMPM) yang menghantar saya sehingga ke kereta untuk pulang...............

Sepanjang perjalanan pulang terlalu banyak yang berlegar dalam fikiran saya tentang dunia pendidikan Malaysia khususnya pendidikan khas, urus tadbir negara, watak dan perwatakan ahli-ahli parlimen, kerajaan, pembangkang, rakyat, ekonomi, sosial..............................................................   dan terlalu banyak yang ingin saya tulis......................................................

Alhamdulilah.
Segala puji bagi-MU ya Allah dan Rasulullah SAW...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share |
_______________________________________________________________________________________________