• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Jumaat, 31 Disember 2010

BOLEHKAH GURU PENDIDIKAN KHAS MENGAJAR/GURU GANTI DI KELAS ALIRAN PERDANA

Posted by zharulnizam shah On 12:07 PG

Hak merupakan bahagian yang wajib diberikan atau diambil dari sesuatu bahagian tertentu mengikut keperluan samada berkaitan kewangan, harta, tanggungjawab dalam rumah tangga, masyarakat, kerjaya dan lain-lain aspek yang bersangkutan dengannya.

            Apakah Program Pendidikan Khas di sekolah anda memiliki semua pekeliling berkaitan Pendidikan Khas?

            Jika jawapannya tiada dalam simpanan, maka wajib Penyelaras mengemukakan kepada Pegawai Pendidikan Khas daerah supaya dibekalkan kepada setiap sekolah. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan (berkaitan pekeliling), maklumkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan jika masih gagal panjangkan masalah ini ke pihak Bahagian Pendidikan Khas KPM.
           
            Maka orang pun bertanya mengapa sampai begitu sekali perlu diambil tindakan bagi mendapatkan pekeliling?

            Lalu jawapannya melalui pekeliling, kita akan memahami apa yang perlu dilaksanakan. Boleh atau tidak dilaksanakan, tidak melanggar sempadan dan mengikut prosedur yang betul.

            Masalah berbangkit;

  1. Ada guru yang menghubungi saya lalu memaklumkan masalah, beliau diminta menggantikan guru pra. Soalannya boleh atau tidak?

Jawapannya boleh dan tidak.

TIDAK! jika keperluan Pendidikan Khas lebih utama. Dimaklumkan juga ada pekeliling yang dikeluarkan bahawa ‘guru Pendidikan Khas tidak dibenarkan mengajar di aliran perdana’. Bagaimanapun pekeliling ini tidak terpakai untuk aktiviti luar bilik darjah seperti mengurus rumah sukan, permainan, kelab, persatuan dll. Ertinya guru Pendidikan Khas perlu terbabit dalam ko-kurikulum di samping tidak boleh mengabaikan murid-murid Pendidikan Khas.

Bagaimana dengan relief?, Pengetua atau Guru Besar boleh meminta jasa baik. Bagaimanapun jawapan boleh atau tidak, terpulang kepada guru-guru Pendidikan Khas. Jika diukur berdasarkan pekeliling sebenarnya TIDAK BOLEH. Alhamdulilah dua buah sekolah tempat saya bertugas guru-guru Pendidikan Khas tidak diambil untuk relief. (kecuali dalam keadaan terdesak, semasa peperiksaan. Itu pun kes seperti itu setahun dua adalah sekali)

Bagaimanapun pernah berlaku semasa saya menjadi Penyelaras, guru Pendidikan Khas diambil untuk mengajar Matematik di aliran perdana. Akhirnya saya mengambil keputusan bertemu pengetua dan berbincang secara berhemah dengan mengemukakan pekeliling. Alhamdulilah. Pengetua akhirnya bersetuju untuk tidak mengambil guru Pendidikan Khas mengajar di kelas biasa.

     Persoalan relief ini boleh memberikan impak positif dan negatif. Namun jika kerap kali guru-guru PK diminta relief, saya fikir perlu penyelaras bersemuka dengan Pengetua atau guru besar berbincang secara professional (Penyelaras diingatkan mengawal mental, emosi, intonasi semasa berbincang; 90% masalah dalam organisasi berlaku berpunca daripada masalah komunikasi)

            Begini impak positifnya, sekiranya Penyelaras menyusun program babitkan guru-guru aliran perdana seperti melatih sukan, tarian, kebudayaan dan lain-lain mengikut kepakaran guru aliran perdana yang berada di sekolah masing-masing. Jika kita tidak berkira dengan aliran perdana. Insyallah mereka juga akan mudah membantu kita.

            Impak negatifnya, muncul tanggapan negatif mengajar PK senang. Apa-apa hal suruh sahaja guru PK relief. Lalu jika Penyelaras bersifat tidak berani, tiada keyakinan diri, gagal dalam komunikasi, maka guru-guru PK akan terus menjadi mangsa guru relief. Sebab itu dalam blog ini, saya pernah menulis tentang perlunya kita membina. melaksana program ke tahap terbaik dan dapat membuka mata semua pihak. Hanya kejayaan sahaja akan menutup mulut rakan-rakan di aliran perdana yang tidak memahami keperluan Pendidikan Khas yang sebenar.

            Satu lagi, kita perlu menjaga hubungan baik dengan pentadbir sekolah kerana kuasa kewangan untuk pembelian barangan Pendidikan Khas, meluluskan program/projek yang dirancang di tangan pentadbir. Sekiranya salah membawa haluan akan memberi kerugian kepada program Pendidikan Khas itu sendiri.

            Tidak kurang pentingnya markah prestasi. Isu markah bukanlah bermakna kita orang yang gilakan pangkat dan gelaran. Markah prestasi agak penting bagi orang yang mempunyai visi untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Satu lagi jika kita ada kes mahkamah (berdasarkan pengalaman), markah prestasi menjadi sangat bernilai.
           
Lalu jika anda diminta menjadi guru relief. Timbang-timbanglah mana yang terbaik. Sekiranya dirasakan keperluan itu tinggi untuk membantu silakan. Sekiranya dirasakan anda hanya menjadi mangsa keadaan, maka tolaklah dengan bijaksana.

Insyallah sekadar berkongsi pengalaman. Segala puji bagi Allah dan Rasul-Nya. Insyallah bertemu lagi.

Jumaat, 24 Disember 2010

PERSEDIAAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS MENJELANG TAHUN BARU..

Posted by zharulnizam shah On 6:11 PG

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA atas segala kenikmatan iman, Islam, kesihatan, pemikiran dan keupayaan menulis.... Alhamdulilah
Menyambung kembali penulisan setelah blog ini agak terbiar. Insyallah tahun hadapan akan ada sebuah lagi buku berkaitan Pendidikan Khas bagi membantu rakan-rakan Pendidikan Khas di seluruh negara.
Bagaimanapun tulisan kali ini, perkongsian pengalaman berkaitan beberapa persediaan utama menjelang tahun baru.

1.       Perkara penting yang mesti disempurnakan tentunya PENYEDIAAN BUKU PANDUAN TUGAS UNIT PENDIDIKAN KHAS 2011 sekolah.

2.       Menguruskan mesyuarat pertama dengan buku tersebut sudah berada di tangan guru-guru Pendidikan Khas dan PPM

-         Ingatlah! mulakan mesyuarat dengan bacaan doa memohon keberkatan dan kerahmatan Allah, semuga diberi kekuatan mental, fizikal, kebijaksanaan untuk membangunkan infrastruktur Pendidikan Khas dan potensi murid-murid Pendidikan Khas.

-         Sekiranya 2010 terdapat krisis yang dianggap kritikal sesama guru atau Penyelaras atau sebagainya, gunakan mesyuarat pertama sebagai medan membetulkan keadaan dengan memaklumkan bahawa tahun baru, azam baru, buku lama telah ditutup. Jangan malu memulakan proses bermaafan sesama guru sekiranya itu dapat menjernihkan keadaan seterusnya membentuk pasukan kerja yang mantap bagi mengharungi 2011. (Ingatlah sebagai manusia biasa tiada sifat kesempurnaan kepada kita semua. Berdasarkan pengalaman, saya pernah melalui pelbagai tekanan dan cabaran. Ingatlah kita hadir ke sekolah kerana Allah dan untuk anak-anak khas )


3.       Sekiranya visi dan misi Pendidikan khas sekolah telah berakhir pada 2010, sila pastikan visi dan misi baru telah dibentuk dan terangkan kepada guru-guru Pendidikan Khas dan PPm berkaitan halatuju dan target visi dan misi baru itu.

4.        Sekiranya Penyelaras tidak pernah membina rancangan 5 tahun. Bincang sesama semua guru dan PPM untuk membangunkan Pendidikan Khas sekolah. (Semak penulisan di blog ini berkaitan contoh penulisan Rancangan 5 tahun)

5.       Rancangkan kewangan dengan kertas kerja untuk membangunkan infrastruktur Pendidikan Khas sekolah mengikut keutamaan. Contohnya jika tahun 2011 pembangunan kelas pertukangan harus diutamakan, maka sediakan infrastruktur kelas pertukangan mengikut kewangan Pendidikan Khas sekolah.

Demikianlah berdasarkan pengalaman membangunkan Pendidikan Khas. Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA, saya tidak mengatakan ini adalah kaedah yang terbaik. Namun Insyallah penulisan ini kiranya dapat dijadikan pedoman maka silalah ambil mana yang terbaik.

Kepada rakan-rakan yang bertanya/mahukan contoh PENYEDIAAN BUKU PANDUAN TUGAS UNIT PENDIDIKAN KHAS dan kertas kerja. Semuanya boleh didapati di dalam buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. Sekiranya buku ini sukar didapati di pasaran boleh menghubungi saya di FB –PUJANGGA SENI dan tinggalkan mesej di kotaknya dengan nama penuh dan alamat. Insyallah saya akan poskan sekiranya stok berada di tangan saya.

Terima kasih. Semuga rakan-rakan Pendidikan khas mendapat maklumat yang bermanafaat dari penulisan yang tidak seberapa ini.

Berjumpa lagi jika diizinkan Allah.  

Ahad, 5 Disember 2010

PENYELARAS PEND KHAS; MEMBINA RANCANGAN 5 TAHUN PENDIDIKAN KHAS

Posted by zharulnizam shah On 7:39 PG



Alhamdulilah! Diizinkan Allah kita terus bersama mendidik, menyayangi dan memperjuangkan nasib anak-anak khas mengikut apa yang diamanahkan kepada kita. Insyallah.
Saya teruja untuk menulis tentang perancangan lima tahun Pendidikan Khas, apabila datangnya soalan daripada seorang guru muda yang diamanahkan menjadi Penyelaras Pendidikan Khas di sebuah sekolah.
Soalannya “ Cikgu!, Untuk bangunkan Pendidikan Khas sekolah kita selain perancangan startegik, apakah perancangan lain cikgu!”
Saya tidak puas menjawab persoalannya melalui panggilan telefon kerana tidak dapat menunjukkan  contoh sebenar dan target yang dikehendaki.
Bagaimanapun diingatkan, segala perancangan hanya akan tinggal perancangan sekiranya tidak disusuli dengan tindakan yang cemerlang.
Menjawab soalan tersebut tentu sekali seorang Penyelaras perlu menyediakan perancangan 5 tahun untuk target membangunkan Program Pendidikan Khas di sekolah yang diamanahkan. Pernahkah anda menghasilkan Rancangan 5 tahun sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Pendidikan Khas/GPK Pendidikan Khas?. Terpulang.
Pemimpin yang cemerlang akan melihat jauh ke hadapan dan bukan merancang untuk esok tetapi telah menyusun segala targetnya untuk beberapa tahun. Insyallah. 
Saya bersyukur kerana semasa di bawah pentadbiran Tuan Haji Ayob Bin Jantan  (Pengetua Cemerlang; Penulis buku’Pengetua Yang Efektif’), beliau menekankan perancangan lima tahun.
Apakah kriteria yang perlu difikirkan oleh seseorang Penyelaras untuk menghasilkan program 5 tahun;

  1. Logik dan munasabah mengikut keperluan dan kemahiran guru beserta keperluan murid-murid serta iklim sesebuah sekolah.

  1. Sesuai dengan sumber kewangan. (Bagaimanapun sumber kewangan, Penyelaras wajib menyediakan kertas kerja untuk memohon sumbangan pihak luar;- Ahli Parlimen, DUN, Pembekal buku, Syarikat-syarikat Swasta, dll)

  1. Berani dan ada kesungguhan. Bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran bagi memastikan apa yang dirancang terlaksana.

  1. Keupayaan membangun projek merentasi P & P Bijak menyusun program dengan merentasi kurikulum. Sebagai contoh jika kita membina kelas Pertukangan, ertinya merentasi P & P seperti kemahiran mengecat, memotong kayu dll dimasukkan ke dalam RPI dan dianggap kemahiran yang diserapkan kepada murid. 
Tanpa berselindung, di sini saya berikan contoh terbaru yang dihasilkan untuk membangunkan SMK Buloh Kasap dalam masa lima tahun akan datang. Saya yakin dan memegang konsep ilmu tidak perlu disembunyikan dan harus disampaikan. Selalunya apabila saya memilih untuk berkongsi dengan rakan-rakan maka akan bertambah melimpah ruah idea dan ilham untuk menulis. Insyallah  

Semuga perkongsian memberikan manafaat dan mengembangkan minda rakan-rakan seluruh negara untuk membangunkan Pendidikan Khas di sekolah masing-masing. Pun dengan rasa rendah diri, apa yang dipaparkan bukanlah yang terbaik sekadar satu perkongsian pengalaman. Insyallah. Bertemu lagi..... 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BULOH KASAP, SEGAMAT, JOHOR
PERANCANGAN LIMA TAHUN
UNIT PENDIDIKAN KHAS


BIL

TAHUN

HURAIAN AKTIVITI


PEGAWAI
BERT’JAWAP

ANGGARAN
KOS

TEMPOH
PELAKSANAAN

TARIKH
PELAKSANA
AN

INDIKATOR
KEJAYAAN

CATATAN

1


  2011

Kelas Khas Masakan


Semua guru pend. khas

RM8000

Januari hingga
Julai

Januari hingga
Julai

Memberi suasana P & P yg kondusif utk KH Masakan




2.


2012

Bilik Media


Semua guru
Pend. khas

RM12000

Januari hingga Oktober

Januari hingga
Oktober

Wujudnya bilik Media utk kegunaan murid-murid Pend Khas
-P & p secara pelaksanaan projek


3.


2013

Bilik Pertukangan

Semua guru
Pend Khas

RM10000

Januari hingga Oktober

Januari hingga Oktober

Memberi suasana P & P yg kondusif utk KH Pertukangan



4.


2014

Keceriaan di luar kelas
(Landskap)
- Pembinaan Kolam Ikan

Semua guru pend khas

RM8000

Januari hingga
Oktober

Januari hingga
Oktober

Suasana ceria kws sekolah
(bersebelah-
an kws pend khas)
- P & P secara pelaksanaan
 projek


5.


2015

Kelas Khas Bestari dengan IT

Semua guru pend. khas

RM30000

Januari hingga
Oktober

Januari hingga
Oktober

Memberikan peluang P & P berdasarkan teknologi seperti computer, note-book, LCD ..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share |
_______________________________________________________________________________________________