Memaparkan catatan dengan label PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. Papar semua catatan
Khamis, 22 Mac 2012
MEMBINA KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
Posted by zharulnizam shah
On 6:12 PG
Pengurusan bermaksud organisasi yang dibentuk dan mempunyai hala tuju iaitu visi dan misi yang mahu dicapai. Misalnya, sebuah sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas merupakan tempat untuk anak-anak khas menimba ilmu, guru memberi perkhidmatan dan sumbangan dalam bentuk bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencerminkan imej sekolah Pendidikan Khas. Individu yang dipertanggungjawabkan hendaklah memainkan peranan dengan penuh kesungguhan dan kesedaran. Wajar difahami, masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga anak-anak khas serta masyarakat awam amnya meletakkan harapan yang tinggi dalam membantu meningkatkan potensi individu setiap murid. Fungsi sekolah Pendidikan Khas tentunya berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
Kepimpinan pula bermaksud orang yang menggerakkan pengurusan. Sudah tentu dalam kepimpinan itu terkandung struktur organisasi yang mensasarkan kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang disasarkan. Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK), Penyelaras Program Pendidikan Khas merupakan kelompok yang mewakili kepimpinan dalam organisasi sekolah masing-masing. Kelompok ini merupakan seorang pemimpin yang mengatur dan membentuk acuan yang dikehendaki. ingat! Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Uruskan dengan kebijaksanaan dan berhikmah. Bagaimana mengurus dan memantau guru-guru yang berada dalam organisasinya?. Apakah komitmen yang dikehendaki terhasil dengan sempurna? Bagaimanakah kelompok ini dapat membawa diri kepada watak seorang pemimpin yang efektif dan berkesan dalam menjayakan misi dan visi Pendidikan Khas di sekolah masing-masing?
Umum mengetahui setiap organisasi tentunya bermatlamatkan kecemerlangan. Cuma bagaiman kaedah kecemerlangan itu mahu dicapai boleh datang dari methodologi yang berbeza. Cuma jangan pula terlepas pandang kecekapan pengurusan sesebuah organisasi boleh diukur dari pelbagai aspek seperti pengurusan sumber manusia, masa, kewangan, tenaga, dan apakah objektif yang dikehendaki tercapai atau gagal. Jika tercapai apakah melepasi tempoh yang ditargetkan dan adakah berlaku penjimatan masa, tenaga, kewangan dalam proses mencapai objektif tersebut.
Kepimpinan yang cemerlang tentunya berupaya mencapai objektif dalam jangka masa yang disasarkan atau lebih awal. Penjimatan kos perbelanjaan, masa dan dapat menggunakan sumber manusia secara cekap dan tidak berlaku pembaziran tenaga. Bagaimana pun janganlah pula berasa bimbang dalam memburu kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di sekolah apabila membaca tulisan ini. Tiada kepimpinan yang sempurna dan sebaik-baik contoh ikutan kepimpinan tentunya Muhammad saw. Pemimpin yang baik akan sentiasa belajar dari kesilapan kerana kesilapan adalah guru yang tidak pernah menipu.
Jumaat, 24 Disember 2010
PERSEDIAAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS MENJELANG TAHUN BARU..
Posted by zharulnizam shah
On 6:11 PG
Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA atas segala kenikmatan iman, Islam, kesihatan, pemikiran dan keupayaan menulis.... Alhamdulilah
Menyambung kembali penulisan setelah blog ini agak terbiar. Insyallah tahun hadapan akan ada sebuah lagi buku berkaitan Pendidikan Khas bagi membantu rakan-rakan Pendidikan Khas di seluruh negara.
Bagaimanapun tulisan kali ini, perkongsian pengalaman berkaitan beberapa persediaan utama menjelang tahun baru.
1. Perkara penting yang mesti disempurnakan tentunya PENYEDIAAN BUKU PANDUAN TUGAS UNIT PENDIDIKAN KHAS 2011 sekolah.
2. Menguruskan mesyuarat pertama dengan buku tersebut sudah berada di tangan guru-guru Pendidikan Khas dan PPM
- Ingatlah! mulakan mesyuarat dengan bacaan doa memohon keberkatan dan kerahmatan Allah, semuga diberi kekuatan mental, fizikal, kebijaksanaan untuk membangunkan infrastruktur Pendidikan Khas dan potensi murid-murid Pendidikan Khas.
- Sekiranya 2010 terdapat krisis yang dianggap kritikal sesama guru atau Penyelaras atau sebagainya, gunakan mesyuarat pertama sebagai medan membetulkan keadaan dengan memaklumkan bahawa tahun baru, azam baru, buku lama telah ditutup. Jangan malu memulakan proses bermaafan sesama guru sekiranya itu dapat menjernihkan keadaan seterusnya membentuk pasukan kerja yang mantap bagi mengharungi 2011. (Ingatlah sebagai manusia biasa tiada sifat kesempurnaan kepada kita semua. Berdasarkan pengalaman, saya pernah melalui pelbagai tekanan dan cabaran. Ingatlah kita hadir ke sekolah kerana Allah dan untuk anak-anak khas )
3. Sekiranya visi dan misi Pendidikan khas sekolah telah berakhir pada 2010, sila pastikan visi dan misi baru telah dibentuk dan terangkan kepada guru-guru Pendidikan Khas dan PPm berkaitan halatuju dan target visi dan misi baru itu.
4. Sekiranya Penyelaras tidak pernah membina rancangan 5 tahun. Bincang sesama semua guru dan PPM untuk membangunkan Pendidikan Khas sekolah. (Semak penulisan di blog ini berkaitan contoh penulisan Rancangan 5 tahun)
5. Rancangkan kewangan dengan kertas kerja untuk membangunkan infrastruktur Pendidikan Khas sekolah mengikut keutamaan. Contohnya jika tahun 2011 pembangunan kelas pertukangan harus diutamakan, maka sediakan infrastruktur kelas pertukangan mengikut kewangan Pendidikan Khas sekolah.
Demikianlah berdasarkan pengalaman membangunkan Pendidikan Khas. Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA, saya tidak mengatakan ini adalah kaedah yang terbaik. Namun Insyallah penulisan ini kiranya dapat dijadikan pedoman maka silalah ambil mana yang terbaik.
Kepada rakan-rakan yang bertanya/mahukan contoh PENYEDIAAN BUKU PANDUAN TUGAS UNIT PENDIDIKAN KHAS dan kertas kerja. Semuanya boleh didapati di dalam buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. Sekiranya buku ini sukar didapati di pasaran boleh menghubungi saya di FB –PUJANGGA SENI dan tinggalkan mesej di kotaknya dengan nama penuh dan alamat. Insyallah saya akan poskan sekiranya stok berada di tangan saya.
Terima kasih. Semuga rakan-rakan Pendidikan khas mendapat maklumat yang bermanafaat dari penulisan yang tidak seberapa ini.
Berjumpa lagi jika diizinkan Allah.
Ahad, 5 Disember 2010
PENYELARAS PEND KHAS; MEMBINA RANCANGAN 5 TAHUN PENDIDIKAN KHAS
Posted by zharulnizam shah
On 7:39 PG
Alhamdulilah! Diizinkan Allah kita terus bersama mendidik, menyayangi dan memperjuangkan nasib anak-anak khas mengikut apa yang diamanahkan kepada kita. Insyallah.
Saya teruja untuk menulis tentang perancangan lima tahun Pendidikan Khas, apabila datangnya soalan daripada seorang guru muda yang diamanahkan menjadi Penyelaras Pendidikan Khas di sebuah sekolah.
Soalannya “ Cikgu!, Untuk bangunkan Pendidikan Khas sekolah kita selain perancangan startegik, apakah perancangan lain cikgu!”
Saya tidak puas menjawab persoalannya melalui panggilan telefon kerana tidak dapat menunjukkan contoh sebenar dan target yang dikehendaki.
Bagaimanapun diingatkan, segala perancangan hanya akan tinggal perancangan sekiranya tidak disusuli dengan tindakan yang cemerlang.
Menjawab soalan tersebut tentu sekali seorang Penyelaras perlu menyediakan perancangan 5 tahun untuk target membangunkan Program Pendidikan Khas di sekolah yang diamanahkan. Pernahkah anda menghasilkan Rancangan 5 tahun sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Pendidikan Khas/GPK Pendidikan Khas?. Terpulang.
Pemimpin yang cemerlang akan melihat jauh ke hadapan dan bukan merancang untuk esok tetapi telah menyusun segala targetnya untuk beberapa tahun. Insyallah.
Saya bersyukur kerana semasa di bawah pentadbiran Tuan Haji Ayob Bin Jantan (Pengetua Cemerlang; Penulis buku’Pengetua Yang Efektif’), beliau menekankan perancangan lima tahun.
Apakah kriteria yang perlu difikirkan oleh seseorang Penyelaras untuk menghasilkan program 5 tahun;
- Logik dan munasabah mengikut keperluan dan kemahiran guru beserta keperluan murid-murid serta iklim sesebuah sekolah.
- Sesuai dengan sumber kewangan. (Bagaimanapun sumber kewangan, Penyelaras wajib menyediakan kertas kerja untuk memohon sumbangan pihak luar;- Ahli Parlimen, DUN, Pembekal buku, Syarikat-syarikat Swasta, dll)
- Berani dan ada kesungguhan. Bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran bagi memastikan apa yang dirancang terlaksana.
- Keupayaan membangun projek merentasi P & P Bijak menyusun program dengan merentasi kurikulum. Sebagai contoh jika kita membina kelas Pertukangan, ertinya merentasi P & P seperti kemahiran mengecat, memotong kayu dll dimasukkan ke dalam RPI dan dianggap kemahiran yang diserapkan kepada murid.
Tanpa berselindung, di sini saya berikan contoh terbaru yang dihasilkan untuk membangunkan SMK Buloh Kasap dalam masa lima tahun akan datang. Saya yakin dan memegang konsep ilmu tidak perlu disembunyikan dan harus disampaikan. Selalunya apabila saya memilih untuk berkongsi dengan rakan-rakan maka akan bertambah melimpah ruah idea dan ilham untuk menulis. Insyallah
Semuga perkongsian memberikan manafaat dan mengembangkan minda rakan-rakan seluruh negara untuk membangunkan Pendidikan Khas di sekolah masing-masing. Pun dengan rasa rendah diri, apa yang dipaparkan bukanlah yang terbaik sekadar satu perkongsian pengalaman. Insyallah. Bertemu lagi.....
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BULOH KASAP, SEGAMAT, JOHOR
PERANCANGAN LIMA TAHUN
UNIT PENDIDIKAN KHAS
BIL | TAHUN | HURAIAN AKTIVITI | PEGAWAI BERT’JAWAP | ANGGARAN KOS | TEMPOH PELAKSANAAN | TARIKH PELAKSANA AN | INDIKATOR KEJAYAAN | CATATAN |
1 | 2011 | Kelas Khas Masakan | Semua guru pend. khas | RM8000 | Januari hingga Julai | Januari hingga Julai | Memberi suasana P & P yg kondusif utk KH Masakan | |
2. | 2012 | Bilik Media | Semua guru Pend. khas | RM12000 | Januari hingga Oktober | Januari hingga Oktober | Wujudnya bilik Media utk kegunaan murid-murid Pend Khas -P & p secara pelaksanaan projek | |
3. | 2013 | Bilik Pertukangan | Semua guru Pend Khas | RM10000 | Januari hingga Oktober | Januari hingga Oktober | Memberi suasana P & P yg kondusif utk KH Pertukangan | |
4. | 2014 | Keceriaan di luar kelas (Landskap) - Pembinaan Kolam Ikan | Semua guru pend khas | RM8000 | Januari hingga Oktober | Januari hingga Oktober | Suasana ceria kws sekolah (bersebelah- an kws pend khas) - P & P secara pelaksanaan projek | |
5. | 2015 | Kelas Khas Bestari dengan IT | Semua guru pend. khas | RM30000 | Januari hingga Oktober | Januari hingga Oktober | Memberikan peluang P & P berdasarkan teknologi seperti computer, note-book, LCD .. |
Selasa, 30 November 2010
PENDIDIKAN KHAS; PERANCANGAN STRATEGIK
Posted by zharulnizam shah
On 2:20 PG
Bagaimana mahu saya mulakan. Pun ini bukanlah mutlak betul berasaskan keperluan dan perancangan sekolah masing-masing. Pertanyaan ini datangnya melalui salah seorang rakan di FB, berkaitan perancangan startegik Pendidikan Khas. Apa yang tidak memerlukan perancangan, paling tidak kita akan membuat rangka perancangan itu di minda. Cuma untuk kaedah yang lebih tepat kita perlu menulisnya secara sistematik. Lazimnya perancangan yang hanya berpusat di minda, ada kalanya menjadikan kita terlupa tentang apa yang perlu dilaksanakan.
Stephen Covey melalui bukunya yang terlaris tentang pengurusan dan buku ini menerjah pasaran dunia dan pernah menjadi buku terlaris untuk firma-firma perniagaan di Jepun yang berjudul ’UTAMAKAN YANG UTAMA’ menyatakan setiap perancangan perlu dicatit dan mendahulukan perkara yang mustahak atau menjadi keutamaan. Di dalam buku ini dia menguji pembaca melalui situasi berikut:
Anda sedang menaip kertas kerja urusan pejabat, telefon anda berbunyi dan anak anda menangis. Cuba susun mengikut perkiraan akal anda. Tanpa berselindung Covey menggariskan jawapan:
1. Berhenti menulis kertas kerja dan melihat anak anda dahulu kerana tangisan anak biasanya menyebabkan anak dalam situasi samada lapar, kesakitan, perlukan sesuatu bantuan yang kritikal.
2. Menyambung menulis kertas kerja selesai.
3. Melihat telefon bimbit anda, kalau perlu menghubungi semula nombor yang menghubungi anda tadi.
Pun jawapan ini masih boleh diragui mengikut persepsi pemikiran kita. Cuba ingat sepanjang hidup anda berapa peratuskah panggilan yang anda terima menunjukkan situasi yang sangat mustahak berbanding perkara yang tidak menjadi keutamaan. Terpulang!
Menjawab soalan perancangan startegik memang semua guru Pk mahupun aliran perdana perlu menulisnya mengikut kesesuaian dan keutamaan berasaskan apa yang hendak kita targetkan untuk program yang diamanahkan bagi membangunkan potensi murid-murid PK mahupun infrastruktur PK.
Di sini saya bentangkan contoh yang pernah saya hasilkan. Pun seperti ayat kedua tulisan ini ’pun ini bukanlah mutlak betul’ kerana perancangan startegik PK perlu mengikut kesesuaian guru, murid, kelas dan program yang telah atau bakal anda wujudkan di program PK sekolah anda.
Bagi membantu rakan-rakan saya turunkan projek yang telah berjaya dilaksanakan dan harus difahami perancangan startegik bukan semata-mata program akademik PK. (mengikut apa yang diajar oleh guru) Usaha mewujudkan perpustakaan mini untuk Pendidikan Khas saya garapkan melalui menyerapkan program ke dalam matapelajaran Pertukangan Kayu (Kemahiran Hidup). Di mana RPI murid diukur melalui kebolehan mengecat, susun atur perabut, rak buku, membuat pemasangan rel langsir, menutup kayu plywood di bahagian atas pintu/tingkap perpustakaan apabila perpustakaan kami menerima alat penghawa dingin.
Secara mudahnya perancangan startegik mempunyai dua elemen iaitu; Pelan Tindakan/Taktikal dan Pelan Operasi.
Pelan Tindakan/Taktikal bolehlah dianggap visi (apa yang hendak dilaksanakan) berkaitan sesuatu projek melalui sesuatu subjek yang diajar manakala Pelan Operasi pula boleh dianggap misi iaitu bagaimana cara untuk melaksanakan program/projek sehingga berjaya.
PELAN TINDAKAN/TAKTIKAL
ISU STARTEGIK | 1. Penghasilan perpustakaan mini Pendidikan Khas |
MATLAMAT STRATEGIK | Memastikan murid-murid Pendidikan Khas dapat menikmati suasana bilik bacaan yang kondusif dan efisien |
INDIKATOR PETUNJUK PRESTASI | 1.1 Terhasilnya bilik perpustakaan mini Pendidikan Khas 1.2 Murid-murid Pendidikan Khas dapat meminjam, memulang dan membaca buku-buku perpustakaan mini tersebut |
OBJEKTIF | Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas |
STRATEGI | Meningkatkan keupayaan prestasi membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas |
Bil | Tindakan/Program/ Projek | Pelaksana/ Tanggungjawab | Tempoh | Sumber(kos/ Manusia/Alat) | Output | KPI | Plan Kontigensi | Catatan |
1. | Perpustakaan Mini Pendidikan Khas | En. Zharulnizam Shah B. Zainal Abidin | Januari hingga Mac 2009 | LPBT Pend. Khas Sumbangan ahli parlimen dan DUN | Murid-murid P.Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif | Terhasil perpustakaan mini |
PELAN OPERASI
Nama Program : Perpustakaan Mini Pendidikan Khas
Matlamat : Terhasilnya Perustakaan Mini Pendidikan Khas
Objektif Program : Murid-murid Pendidikan Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif
Tarikh & Tempoh pelaksanaan : Januari hingga Mac 2009
Jawatankuasa Pelaksana & Senarai tugas : Lampiran
Kos Pelaksanaan : RM18,000.00
LANGKAH | PROSES KERJA | TANGGUNGJAWAB | TEMPOH | CATATAN |
1. | Mesyuarat makluman program - Ucapan Pengetua merangkap pengerusi - Makluman cara pelaksanaan - Hal-hal lain | Pengetua, GPK1, Guru Penyelaras Pend. Khas, Ketua Panitia, Guru-guru Pendidikan Khas | 1 hari Januari 2009 | |
2. | Pelaksanaan Program 2.1 Kesediaan fizikal 2.1.1 Mengecat bilik perpustakaan 2.1.2 Kemaskini tikar getah 2.1.3 Susun atur rak buku 2.1.4 Susun atur perabot 2.1.5 Memasang langsir 2.1.6 Susun atur meja bacaan 2.1.7 Susun atur kerusi 2.2. Kesediaan bahan 2.2.1 Menyediakan kira-kira 3500 naskah buku-buku bacaan pelbagai topik 2.2.2 Menyediakan kata-kata hikmat untuk ditampal di tempat yang bersesuaian 2.2.3 Menyediakan carta-carta yang berkaitan dengan budaya membaca sebagai motivasi 2.3 Sistem 2.3.1 Mewujudkan satu sistem pinjaman dan pemulangan buku yang sistematik. 2.3.2 Memastikan setiap buku dicap ’Unit Pendidikan Khas SMK Gemereh’ pada muka surat 9. 2.3.4 Memastikan wujud tempoh yang ditetapkan untuk pemulangan bagi setiap buku yang dipinjam. 2.4 Pengoperasian 2.4.1 Memastikan murid-murid dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan. ( Buku-buku, carta-carta, akhbar-akhbar, majalah-majalah) 2.4.2 Memastikan operasi peminjaman dan pemulangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan | Semua AJK yang terlibat. | Febuari hingga Mac Sepanjang tahun | |
3. | Penilaian 3.1 Menilai segala kelemahan daripada pelbagai aspek; keceriaan, sistem dan pengoperasian | Penyelaras Program, AJK Program | Julai hingga Oktober |
Semuga perkongsian ini dapat menjawab soalan para sahabat yang memerlukan contoh perancangan startegik. Untuk mendapatkan contoh akademik PK bagi matapelajaran BM, sila hubungi saya melalui FB ‘Pujangga Seni’ dan tinggalkan mesej dan alamat email. Kepada sahabat-sahabat yang belum memperolehi buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS juga masih boleh menghubungi saya melalui cara yang sama meninggalkan mesej melalui FB nama dan alamat penuh untuk diposkan. Kos termasuk pos RM17 semenanjung Malaysia dan RM18 Sabah/Sarawak.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan Pendidikan Khas di seluruh tanah air. Berjumpa lagi. Insyallah!
PENDIDIKAN KHAS ; KELEBIHAN KERTAS KERJA
Posted by zharulnizam shah
On 2:12 PG
Asalnya saya tidak ingin membawa kejayaan ini kepada penulisan di blog kerana bimbang tersalah tafsir dengan kejayaan memperolehi sebuah komputer bernilai RM3,500.00 untuk anak-anak khas SMK Buloh Kasap, Segamat ini. Itu pun ada rakan yang gagal memahami peri pentingnya hal kertas kerja terutama hal-hal yang membabitkan kewangan dengan peruntukan yang kasar. Namun apabila ada yang secara positif dan melihatnya sebagai satu ruang yang boleh dimanafaatkan maka kelompok rakan ini mahukan contoh. Oleh itu saya memilih untuk berkongsi penghasilan dan tatacara permohonan di blog ini agar dapat dimanafaatkan secara bersama dan lebih global.
Melalui penulisan kertas kerja yang bertajuk PROGRAM NAIK TARAF KELAS PENDIDIKAN KHAS - UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP, SEGAMAT. Alhamdulilah!. Sekolah kami memperolehi komputer baru secara sumbangan wakil rakyat DUN Buloh Kasap. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Othman Bin Jais Adun Buloh Kasap yang tidak pernah menghampakan saya. Sewaktu bertugas di SMK Gemereh iaitu sekolah lama sebelum saya memohon tukar pada akhir 2009, YB Othman juga tidak menghampakan apabila saya menghasilkan kertas kerja untuk Projek Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SMK Gemereh. Terima kasih YB Datuk Othman Jais.. Seorang YB yang dapat bertindak secara rasional tanpa memilih ideologi rakyat yang datang memohon...
Melalui penulisan kertas kerja yang bertajuk PROGRAM NAIK TARAF KELAS PENDIDIKAN KHAS - UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP, SEGAMAT. Alhamdulilah!. Sekolah kami memperolehi komputer baru secara sumbangan wakil rakyat DUN Buloh Kasap. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Othman Bin Jais Adun Buloh Kasap yang tidak pernah menghampakan saya. Sewaktu bertugas di SMK Gemereh iaitu sekolah lama sebelum saya memohon tukar pada akhir 2009, YB Othman juga tidak menghampakan apabila saya menghasilkan kertas kerja untuk Projek Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SMK Gemereh. Terima kasih YB Datuk Othman Jais.. Seorang YB yang dapat bertindak secara rasional tanpa memilih ideologi rakyat yang datang memohon...
Tatacara permohonan;
1. Menghasilkan kertas kerja2. Menyertakan surat permohonan yang ditandatangi oleh pentadbir sekolah.
3 Menghantar surat permohonan beserta kertas kerja sebelum berakhir Febuari ( Wakil rakyat akan membawa kepada kerajaan negeri/pusat dan peruntukan akan diperolehi pada Jun atau Julai)
Sesungguhnya dalam buku 'KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS' ada saya sertakan proses penghasilan kertas kerja dan contohnya. Cuma untuk sesuatu keperluan, guru-guru perlu berani berkreativiti dengan pengubahsuaian mengikut target yang dikehendaki berdasarkan projek/program yang dirancang. Ianya perlu diubahsuai mengikut keperluan sesebuah sekolah berdasarkan apa yang hendak dipohon oleh sekolah masing-masing.
Secara jujurnya ada rakan yang memohon contoh kertas kerja Naik Taraf Kelas tersebut. Saya telah beberapa kali cuba untuk menyalinnya (secara copy dan paste) ke dalam blog ini tetapi gagal. Atas rasa kebersamaan dan perkongsian ilmu sekiranya rakan-rakan memerlukan contoh kertas kerja tersebut sila hubungi saya melalui FB (Pujangga Seni). Insyallah akan saya hantar melalui mesej. Insyallah. Sekadar perkongsian yang dirasakan dapat memberi manafaat kepada semua pihak. TANPA PREJUDIS....
_______________________________________________________________________________________________













